SETELAH 7 TAHUN HIDUP DALAM HIV

 asalamualaikum dan selamat pagi,alhamdulillah setelah 7 tahun menderita penyakit ini aku masih lagi sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan,kunci uatama adalah sentiasa positif dan semangat untuk teruskan hidup,dapatkan rawatan susulan,buat pengetahuan semua aku telah pon menjadi nomal semula setlah 7 bulan ambik ubat HAART,permulaan amat perit tapi pengakhiran ya baik,dulu setiip kali makan ubat still ontime dan lama2 ubat2 tu jadi makanan harian,

   kini 7 tahun lamanya aku menelan ubat tersebut dan apoinment setiap kali 6 bulan dan aku akui penat akan tetapi aku seronok sebab aku masih boleh bertahan untuk hidup sehingga ke hari ni,walaupon pada beberapa ketika aku telah mempunyai masalah hati yang x dapat dielakkan tapi aku bersyukur kerana masih hidup hingga ke hari ini..pesanana ku buat semua jika sakit berjumpalah dengan doktor dan dapatkan rawatan segera untuk elak diri lebih terok seperti hiv betukar kepada aids,,jangan riso dengan perubatan sekarang insyallah virus itu akan mudah tido berbanding dulu yuang tiada uabt untuk dipulihkan

sekian nukilan dari sya,sehingga bverjumpa lagi jika hati dan jiwa ingin mencoret,

iklas dari saya adam

ditulis pada pukul 216am 22/12/22

Comments

Popular posts from this blog

hiv 8 tahun tido, covid baru berlalu

AKU DILEMA HIV